Tuesday 20 December 2011

Suku kata terbuka dan tertutup



Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata . Sekurang-kurangnya satu suku kata terdiri daripada satu vokal dan satu konsonan. suku kata dibahagi kepada 2 iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Suku kata terbuka adalah suku kata yang diakhiri oleh vokal. cth :-
 Y U - KV A K U - VKV S U Y A - KVKV M E R E K A - KVKVKV


Suku kata terbuka biasanya dalam jumlah abjad yang genap. cth :-
 R O T I 1 2 3 4 B A G A S I 1 2 3 4 5 6 genap genap


D I A – satu suku kata K A M I – dua suku kata K E R U S I – tiga suku kata M E M P E R D A Y A – empat suku kata U N I V E R S I T I – lima suku kata M A H A R A J A L E LA – enam suku kata

SUKU KATA TERTUTUP Suku kata yang diakhiri oleh konsonan dipanggil suku kata tertutup Dalam bahasa melayu, terdapat 7 suku kata tertutup.


Suku kata tertutup biasanya dalam jumlah abjad yang ganjil. cth :-
 U N T U K B E G K A M B I N G

Monday 19 December 2011

Suku Kata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suku kata ialah unit penyusunaturan bunyi pertuturan. COntohnya, perkataan sayang terdiri daripada dua suku kata: sa dan yang. Satu suku kata biasanya terdiri daripada nukleus suku kata(selalunya vokal) dengan pinggir awalan dan akhiran bukan wajib (biasanya konsonan).
Suku kata merupakan "bongkah binaan" fonologi perkataan yang boleh mempengaruhi irama, prosodi, meter puitis, corak tekanan dsb. dalam sesebuah bahasa.
Penulisan mengikut suku kata bermula beratus-ratus tahun sebelum terciptanya huruf-huruf terawal. Catatan suku kata terawal terdapat pada papan loh yang ditulis di kota UrSumeria sekitar 2800 SM . Anjakan dari piktogram ke suku digelar 'kemajuan terpenting dalam sejarah penulisan'.[1]
Satu perkataan yang terdiri daripada satu suku kata sahaja (seperti yang) ialah kata ekasuku, manakala yang terdiri daripada dua suku kata (seperti mana) ialah kata dwisuku. Perkataan tiga suku kata (seperti belalang) ialah kata trisuku, dan yang lebih daripada tiga suku kata pula (seperti pembolehubah) dipanggil kata banyak suku.

Contoh suku kata :




Thursday 15 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas                         : 4 Amanah
Mata pelajaran           : Kemahiran Hidup
Tarikh                        : 8 Jun 2011
Masa                         : 8.00 – 9.00 pagi
Bilangan Murid           : 5 orang 
Tajuk                         : Tanaman Hiasan
Kemahiran                 : Mengenal tumbuhan pokok hiasan.
Objektif                     : Di akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat menyebut 2 daripada 4 jenis tanaman pokok hiasan dengan betul.
     
Hasil pembelajaran       :  Tahap dua (menyebut 2 jenis pokok hiasan dengan betul)
Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah melihat pokok hiasan
Penerapan nilai            : 1. Memberi tumpuan
             2. Mendengar arahan
             3. Berkeyakinan diri
Bahan Bantu Mengajar: Lembaran kerja.

Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti P & P
Catatan
Set Induksi
( 10 minit )
Gambar pokok hiasan
(power point)
Contoh : Bunga ros, pokok orkid, pokok kemboja, pokok bunga kertas
Guru dan murid menonton beberapa slide gambar pokok hiasan bersama-sama.
BBM : Power point Gambar pokok hiasan
Langkah 1 
( 15 minit)
1. Gambar pokok hiasan

 Bunga Ros

Bunga Kertas

1. Guru menyebut nama pokok hiasan yang ditunjukkan kepada murid terlebih dahulu.
2. Guru meminta murid menyebut nama pokok hiasan seorang demi seorang sebanyak 3 kali.
3. Murid-murid lain diminta memastikan sebutan yang disebut oleh kawan adalah betul. 
Nilai : Mendengar arahan dan mencuba
BBM: Gambar Pokok Hiasan
Langkah 2
 ( 15 minit )
1.Gambar pokok hiasan
Bunga Orkid
Bunga Kemboja
1. Murid mengeja nama pokok hiasan secara seorang demi seorang sambil diikuti oleh murid lain sebanyak 3 kali dengan arahan guru.
2. Murid mengeja nama pokok hiasan secara beramai-ramai sebanyak 3 kali kemudian menyebutnya.
Nilai : Memberi tumpuan dan perhatian.
BBM : Gambar Pokok Hiasan
Langkah 3 
( 10 minit )
1. Gambar Pokok Hiasan
1. Murid mengecam gambar pokok hiasan sambil menyebut secara  seorang demi seorang dengan bantuan guru.
Nilai: Mencuba dan bekerjasama
BBM:  Gambar Pokok Hiasan
Penutup 
( 10 minit )
1. Gambar Pokok Hiasan
1.Guru menyoal kembali 3 jenis nama pokok  hiasan kepada murid secara seorang demi seorang.
2. Murid membuat latihan menulis 3 jenis  nama pokok hiasan. 
BBM : Lembaran Kerja, Gambar Pokok Hiasan

Sunday 11 December 2011

DISLEKSIA

Apakah disleksia
Kepayahan memahami perkataan. Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengar sebutan perkataan, menyebut perkataan dan sebagainya.ia juga disebut kesukaran dalam mentafsir fonologi yang bermaksud kesukaran dalam menggambarkan dan menghubungkaitkan perkataan dalam ingatan untuk mengingati perkataan itu.

Jenis-jenis disleksia
1) Disleksia Visual
Tidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya ianya bermakna. Perkataan –perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik.
Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol.

2) Disleksia Auditori
Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyi huruf yang diperdengarkan padanya.
Sukar mengingatai bunyi huruf, memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusun atau menggabungkan suku kata untuk menyebut perkataan.

3) Disgraphia
Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulis dengan baik dan tulisannya dapat dibaca.

Bagaimana Disleksia terjadi?

• Kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini banyak persamaan dengan kesilapan yang dilakukan oleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak. Perbezaannya adalah mangsa aphasia telah pun mempunyai kemahiran membaca dan menulis tetapi disebabkan kecederaan di otak, dia tidak dapat lagi membaca dan menulis sementara kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyai kemahiran membaca dan menulis.
• Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak.
• Didapati penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding orang perempuan.
• Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya.
• Berlaku perlawanan dalam dua cerebral hemisphere dalam menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai bacaan tetapi kerana ianya lemah maka terjadilah keterbalikkan perkataan dan huruf kepada kanak-kanak ini.
• Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masalah dysleksia adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang hebat dengan alasan jika pengajaran guru tidak sesuai, sudah tentu terdapat satu kumpulan murid di dalam kelas yang menghadapi disleksia.
• Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak-kanak itu.

Ciri-ciri kanak-kanak disleksia
1) perkembangan motor yang kurang matang termasuk kelakuan-kelakuan hiperkinetik
2) gangguan penglihatan
3) singkat ingatan
4) gangguan dalam bahasa
5) kebolehan kognitif yang rendah
6) kesukaran dalam kematangan emosi dan social
7) tidak dapat membezakan lambing bertulis dengan bunyi lambing tersebut
8) tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan lambang iaitu tidak dapat mengingat lambang mana yang harus ditulis untuk dipadankan dengan bunyi-bunyi tersebut
9) tidak dapat menyusun lambang tulisan supaya betul dan bersesuaian dengan bunyi-bunyinya agar menjadi perkataan yang beermakna
10) tidak dapat menulis dari kiri ke kanan dan juga tidak dapat menulis susunan huruf atau perkataan agar tidak terbalik kedudukannya.
11) Tidak dapat menyusun atau mengurus masa dan ruang mengikut susunannya.
12) Tidak dapat membuat koordinasi motor mata-tangan kiri kanan serta menumpukan perhatian
13) Sukar mengikuti latihan sukan yang kompleks
14) Peningkatan tumpuan kepada aktiviti pendengaran
15) Lebih tumpuan kepada aktiviti pendebgaran yang mana menutup kemahiran pandangan
16) Sukar belalar bahasa, ketidakseimbangan kebolehan intelektual
17) Tidak lancar membaca,menulis daya tumpuan yang lemah

Kesalahan-kesalahan bacaan yang dilakukan oleh kanak-kanak disleksia
• Mereka-reka cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan walaupun cerita tersebut tiada kaitan dengan isi bacaan.
• Membaca lambat dan teragak-agak.
• Mengikut bacaan dengan jari.
• Kerap hilang tempat bacaan, sama ada hilang terus atau membaca baris tersebut dua kali.
• Membaca kuat tetapi teragak-agak dengan satu intonasi.
• Cuba mengeja tetapi sebutannya salah misalnya mengeja ketat tetapi menyebut kelat.
• Meramal perkataan tanpa mengira ianya bermakna atau tidak.
• Membaca secara terbalik misalnya aman dibaca nama dan sebagainya.
• Menyusun perkataan dengan susunan yang salah.
• Memendekkan perkataan yang panjang misalnya kerosakan dibaca rosak sahaja.
• Salah membaca perkataan yang mempunyai bentuk yang sama misalnya kakak=katak, baju=bayu.
• Menggantikan perkataan lain yang sama maknanya misalnya ayahanda=bapa.

Kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia
• Menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulin sanam.
• Menulis secara mirror writing.
• Menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d.
• Menulis perkataan yang didengar misalnya buang menjadi buwang.
• Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi.
• Tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja.
• Menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang.
• Tidak dapat menulis huruf yang disebut.
• Tidak dapat memilih huruf yang disebut.
• Tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama.

Bagaimana guru membantu kanak-kanak di dalam kelas?
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah:
• Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.
• Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
• Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
• Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.
• Berikan kelonggaran kepada mereka.
• Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
• Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
• Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak bermasalah itu membaca secara fonetik.
• Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia.
• Sediakan bahan pengajaran yang baik.
• Gunakan aplikasi teori Gestalt.
• Tekankan ke atas pengamatan butiran.
• Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
• Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
• Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.

Prosedur pengajaran kepada kanak-kanak disleksia pandangan yang tidak dapat belajar melalui gambaran pandangan kerana tidak dapat mengait perkataan dengan makna dan tidak dapat mengekalkan ingatan tentang imej sesuatu perkataan ialah melalui kaedah pengajaran fonetik/ linguistik di mana kaedah ini bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga cara menulis dan menggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik. Oleh itu guru perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan linguistik. Antara kaedah fonetik dalam pengajaran adalah melalui:
• Ajar nama dan huruf bunyi.
• Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi.
• Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi.
• Ajar perkataan bunyi huruf.
• Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna.
• Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama.
• Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan.
• Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vocal.
• Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek.

Dalam kaedah fonetik/ linguistic, kanak-kanak hendaklah di ajar secara lankah dan logik. Latih tubi adalah berdasarkan teknik multy sensory. Teknik ini menggunakan pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran kanak-kanak selain dari membabitkan penulisan kembali dan mengulang pembacaan secara kuat apa yang telah ditulis. Langkah-langkah terperinci adalah seperti berikut:
1) Guru menunjukkan di kad imbasan dengan gambar yang bermula dengan huruf tersebut dibelakangnya. Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut.
2) Guru menyuruh murid ulang ayat tersebut.
3) Guru sebut sekali lagi, kali ini mengikut suku kata.
4) Murid menulis ayat tersebut. Sambil menulis, sebut ayat tersebut.
5) Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ditulis.
6) Jika terdapat kesilapan, murid mencarai sendiri dengan cara semakan.

Kaedah dan teknik ini dapat mempertingkatkan daya ingatan murid dalam membina ayat kerana guru telah memulakannya dari ayat pendek kepada ayat yang lebih panjang dan semakin susah.

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dysleksia pendengaran di mana merteka akan memberi respon positif terhadap pengajaran bacaan awal yang menggunakan pendekatan seluruh perkataan adalah dengan cara:
• Membentuk kesepadanan pendengaran dan pandangan.
• Mengajar perbendaharaan kata yang berlainan bunya dan bentuk.
• Menggunakan pendekatan pengalaman bahasa.
• Menggunakan mesin pengajaran seperti Language Master, Autoscore dan computer dalam pendidikan.
• Aktiviti pengadunan dan intergrasi.
• Peningkatan keupayaan diskriminasi dan analisis pendengaran.

Kesimpulannya, Disleksia ialah gangguan perkembangan bahasa yang menunjukkan bentuk dalam kesukaran membaca. Ia melanda 2-8 peratus kanak-kanak sekolah rendah. Kebanyakkan daripada mereka memberi tindak balas yang baik kepada pemulihan membaca.

PALSI SEREBRUM

Istilah serebrum  merujuk kepada otak manakala palsi bermaksud gangguan terhadap pergerakan ataupun postur. Orang yang mengalami serebrum palsi bermaksud mereka ini tidak dapat menggunakan sebagahian daripada otot di dalam badan mereka dalam keadaan normal, akibat kerosakan dalam otak. Kebiasaannya, kerosakan ini berlaku sebelum, semasa ataupun selepas kelahiran disebabkan otak yang tdak berkembang dengan baik ataupun berlaku perkara yang membawa kepada kerosakan otak yang sedang berkembang seperti kecederaan ataupun kekurangan oksigen. Palsi serebrum adalah berkaitan dengan ketidakupayaan fungsi kawalan otak, terutamanya kawalan otot dan koordinasi. Bergantung pada bahagian otak yang rosak, satu atau lebih daripada yang berikut :

* Ketegangan otot
* Pergerakan tapa diarah
* Gangguan dalam mobiliti
* Sensasi dan persepsi yang abnormal
* Kecacatan dalam penglihatan, pendengaran dan pertuturan
*Sakit secara tiba-tiba

APHASIA

PENYAKIT APHASIA 

Aphasia merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi. Masalah aphasia adalah berbeza dengan dyslexia. Tanda penting pengidap aphasia adalah kesukaran berkomunikasi secara pertuturan, kesukaran memahami percakapan orang lain, dan kesukaran untuk membaca dan menulis. Aphasia kebiasaannya disebabkan oleh angin ahmar (stroke), kecederaan di kepala, tetapi juga disebabkan oleh ganguan sistem saraf (neorological disorder), seperti ketumbuhan otak, penyakit nyanyuk Alzheimer, penyakit Picks, atau sesetengah jenis penyakit Parkinson. Bagaimanapun dalam kes tersebut, aphasia hanyalah salah satu tanda, yang biasanya diketepikan. Ini disebabkan terdapatnya ciri-ciri lain yang lebih diutamakan seperti kehilangan keupayaan berfikir. Kesan aphasia berbeza antara seseorang dengan orang yang lain, dan sesetengah pengidap aphasia boleh dibantu dengan bantuan terapi pertuturan. Berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat juga boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan pengidap aphasia.
Hypocrites, seorang doktor Yunani pada 450 B.C. pernah menulis mengenai kehilangan keupayaan bertutur disebabkan oleh kejutan truama. Semenjak itu sehingga 1800 pakar sains menyiasat mengenai kehilangan daya berhubung akibat kesan kejutan trauma kepada otak dan kesannya terhadap kefahaman melalui pendengaran, pembacaan, pertuturan, dan penulisan. Pada abad ke 19, pakar sains mempelajari mengenai bahagian khusus otak yang berkait dengan penguasaan bahasa. Pada akhir abad ke 20, semasa dan selepas Peperangan Dunia, terdapat keperluan untuk menangani ramai anggota tentera yang mengalami kejutan akibat letupan bom (shell shock), para pendidik, pakar perubatan, dan pakar terapi mula menumpukan perhatian mereka kepada pendidikan latihan semula bagi pengidap aphasia. Dengan kemunculan teknologi seperti CT scan (tomografi berkomputer), MRI (magnetic resonance imaging), dan PET scans (positron emission tomography) membenarkan kita menyiasat lebih lanjut mengenai aktiviti otak.
Aphasia terdapat dalam banyak jenis, tetapi empat jenis aphasia yang besar adalah aphasia sementara, aphasia fasih, aphasia tidak fasih, dan aphasia sejagat.

Aphasia Sementara
Aphasia sementara juga dikenali sebagai aphasia peralihan (transient aphasia), merujuk kepada masaalah komunikasi yang hanya untuk beberapa jam atau hari. Kebanyakan penghidap aphasia peralihan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa hari sahaja.

Aphasia Tidak Fasih
Ciri-ciri aphasia tidak fasih adalah pertuturan yang sukar, teragak-agak, berbentuk telegram, yang disertai tempoh senyap yang panjang. Mereka yang mengidap aphasia tidak fasih lebih banyak menggunakan nama benda dan kata kerja (nouns and verbs). Pertuturan adalah lambat dan susunan ayat biasanya tergantung. Pengidap aphasia tidak fasih juga biasanya menggunakan perbendaharaan kata yang terhad, satu perkataan. Mereka juga biasanya lumpuh atau lemah pada bahagian kaki atau tangan kanan. Perbendaharaan kata yang terhad juga nyata dalam penulisan. Bagaimanapun mereka yang mengidap aphasia tidak fasih tidak menghadapi masaalah memahami orang lain. Aphasia tidak fasih boleh dibahagikan kepada :-
Aphasia Broca - Pertuturan terhad kepada ayat pendek, kurang daripada empat ayat. Perbendaharaan kata terhad dan hanya boleh bertutur dengan sukar. Pengidap aphasia Broca mampu memahami orang lain tetapi pemahaman terhad apabila membaca.
Aphasia tidak fasih bercampur-campur. Ini merujuk kepada pengidap yang sukar bertutur dan terhad seperti aphasia Broca, tetapi mereka juga menghadapi kesukaran memahami pertuturan, pembacaan, dan penulisan.

Aphasia Fasih
Pengidap aphasia fasih biasanya mampu bertutur secara biasa tanpa tersekat-sekat sebagaimana mereka yang mengidap mengidap aphasia tidak fasih. Mereka juga tidak menghadapi lumpuh atau lemah anggota kanan. Bagaimanapun, pengidap aphasia fasih menghadapi masaalah untuk menggunakan noun yang tepat. Oleh itu, walaupun pengidap aphasia fasih boleh bercakap menggunakan ayat yang lengkap, mereka sukar mencari perkatan yang tepat untuk benda (noun), oleh itu mereka biasanya bercakap berdalih dengan menggunakan ayat yang menggelakkan penggunaan perkataan tersebut, menggunakan perkataan yang mempunyai erti seiras seperti "abang" menggantikan perkataan "adik", ataupun menggunakan perkataan tidak beerti. Kebiasaannya mereka yang mengidap aphasia fasih berhadapan dengan masaalah memahami orang lain. Aphasia fasih dibahagikan kepada
beberapa pecahan:-
Pengidap aphasia Wernicke menghadapi kesukaran memahami pertuturan, tetapi dapat bertutur dengan fasih. Bagaimanapun ayat yang terhasil tergantung dan tidak lancar. Kadangkala perkataan yang tidak berkait digunakan. Pengidap aphasia Wernicke juga menghadapi masaalah untuk membaca dan menulis.
Pengidap aphasia Anomic menghadapi masaalah menggunakan perkataan yang sesuai terutama perkataan benda dan perbuatan (noun and verbs) ketika bertutur atau menulis. Oleh itu, walaupun mereka lancar bertutur, ayat mereka melencong dan mereka merasa tidak puas hati. Pengidap aphasia Anomic dapat memahami pertuturan dan dalam kebanyakan kes boleh membaca dengan baik.

Aphasia Sejagat.
Aphasia sejagat merujuk kepada mereka yang mengidap aphasia teruk, merangkumi semua peringkat berkait dengan bahasa. Mereka yang mengidap aphasia sejagat mempunyai pertuturan terhad, dan sukar memahami apa yang didengarnya. Aphasia sejagat ketara bagi mereka yang mengalami angin ahmar (stroke) yang teruk. Bagaimanapun, ia boleh pulih sekiranya kerosakan angin ahmar (stroke) tidak terlalu teruk. Bagi kes yang teruk, aphasia mungkin teruk dan berkekalan.
Kesukaran dalam komunikasi juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti lumpuh, lemah anggota, atau masaalah pertuturan disebabkan otot pertuturan atau cacat akal. Adalah penting memastikan punca sebenar agar rawatan terapi yang bersesuaian dapat digunakan. Ini disebabkan rawatan terapi yang berlainan bergantung kepada dignosa awal, oleh itu dignosa yang salah mungkin menyebabkan terapi yang salah digunakan, dengan itu melambatkan pemulihan pesakit.
Dianggarkan dalam 80% kes aphasia dapat dibantu dengan terapi bahasa yang bersesuaian. Ini merupakan asas yang kukuh untuk menyarankan terapi pertuturan kepada mereka pesakit aphasia. Pesakit aphasia yang muda memberikan tindakbalas yang lebih memberangsangkan berbanding pesakit aphasia yang berumur. Selain itu faktor seperti tahap aphasia, kesihatan tubuh badan pesakit, sokongan keluarga, dan motivasi memainkan peranan dalam tempoh terapi pertuturan. Pulih atau sembuh merujuk kepada perkembangan kemahiran berkomunikasi dan tidak bererti semboh sepenuhnya yang bererti mampu bertugas seperti biasa. Individual yang menghidapi aphasia selama beberapa minggu, berkemungkinan besar akan mengalami kekurangan bahasa dan pertuturan yang berkekalan. Bagaimanapun, terapi pertuturan mampu membantu mereka mengatasi masalah tersebut dan dapat terus hidup yang berfaedah.

RAWATAN PERULIHAN
Sesetengah pesakit aphasia yang mengalami aphasia peralihan "transient aphasia" yang hanya beberapa jam atau hari selepas kecederaan sebelum menghilang. Bagi pesakit aphasia pertengahan "mild", mereka mampu pulih, sementara mereka yang mengalami aphasia teruk, mereka menunjukkan perkembangan yang terbaik untuk enam hingga duabelas bulan pertama.
Aphasia tidak dapat dijangka untuk kes angin ahmar (stroke) atau kecerderaan kepala. Tahap aphasia bergantung kepada saiz dan tempat kerosak pada otak. Tidak terdapat sebarang ubat yang dikatahui mampu mengubati aphasia pada masa sekarang. Pembedahan dapat mengatasi aphasia dayng disebabkan oleh barah otak atau hematoma yang berkaitan dengan pusat pertuturan utama. Pembedahan tidak dapat membantu bagi aphasia yang disebabkan oleh angin ahmar (stroke) yang merupakan punca utama aphasia. Terapi pertuturan hanya membantu pengidap aphasia tetapi tidak dapat menyembuhkan aphasia. Tujuan terapi adalah untuk membantu pesakit menggunakan kemahiran yang tinggal untuk belajar berkomunikasi dengan lebih berkesan.

KERENCATAN AKAL (MENTAL RETARDAD)

DEFINISI & FAKTOR PENYEBAB

Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal.
30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetik seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab-sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligence quotient) kurang daripada 50.
Kebanyakan kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ diantara 50-75) tiada punca yang menyebabkannya. Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum atau masalah perinatal. Penyebab utama kanak-kanak terencat akal yang ditemui di hospital adalah :-



1. Palsi serebrum
2. Sindrom Downs

Sebilangan daripada kanak-kanak sebegini akan dikenal pasti kerana mengidap salah satu daripada punca-punca yang ada pada S2 – seperti masalah perinatal atau meningitis. Sindrom Downs mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenal pasti. Sebilangan besar kanak-kanak yang terencat akal akan dikesan semasa pihak doctor membuat ujian perkembangan –developmental assessment seperti yang diterangkan dalam bab 8.1. Mereka yang ditemui harus dirujuk kepada pakar kanak-kanak untuk siasatan yang mendalam. Kecacatan pendengaran dikesan apabila ibu-bapa mengadu bahawa anak mereka lambat bercakap.
Antara filosofi penjagaan dan rawatan pesakit yang kerencatan akal ;
1. Ibubapa memahami bahawa kerencatan akal berlaku bukannya kerana kesilapan mereka. Ibubapa akan diberi keterangan mengenai punca kerencatan akal dan apakah yang harus dibuat untuk menjamin keselesaan hidup pesakit dan keluarga. Menjamin pesakit dijaga di rumah keluarga dan bukannya di hospital atau rumah kebajikan.
2. Menjamin pesakit akan menerima bimbingan dan pengajaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Misalnya seorang yang berkerencatan akal yang kurang serius tetapi mengalami masalah pendengaran patut diberi tunjuk ajar untuk menolongnya bercakap (terapi percakapan dan bahasa dan sign language) dan sekiranya diperlu alat pendengaran (hearing aids) patut di beli.
3. Menjamin pesakit diberi sokongan untuk belajar mengguna alat-alat yang sedia ada untuk membuat kerja harian dan berfungsi seberapa normal yang boleh. Misalnya pesakit tidak boleh berjalan, kerusi beroda (wheel chair) dapat disediakan ataupun "calipers" untuk menguatkan kaki pesakit dapat disediakan. Kesemua alat-alat ini boleh diperolehi dari Jabatan Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy.

4. Memastikan bahawa semua masalah perubahan yang berkaitan dengan kerencatan akal pesakit diberi rawatan yang tertentu tanpa kesan sampingan. Umpamanya sawan akan dirawati dengan ubat antikonvulsant, masalah muntah-muntah harus diberi perhatian, infeksi kencing dan sembelit mesti dirawati. Masalah psikologi tidak patut dihindarkan. Penilaian penglihatan dan pendengaran juga mesti dilakukan.
5. Memastikan otot-otot dan sendi-sendi berada didalam keadaan yang normal dan tidak terjadi kontraktur dan kelemahan. Pihak fisioterapi mesti memberi masa untuk mengajar dan menggalakkan ibubapa supaya senaman yang dipilih dapat dilakukan dirumah.
6. Menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan tahap pencapaian pesakit. Misalnya pesakit yang buta boleh dididik di sekolah biasa dengan syarat-syarat tertentu. Pesakit yang mengalami kerencatan akal yang teruk boleh dijaga di pusat-pusat seperti Pusat Spastik atau Wisma Harapan. Pesakit Sindrom Downs mempunyai persatuan tertentu.
7. Memastikan soal kewangan mencukupi. Keluarga yang amat miskin boleh dirujuk kepada pihak kebajikan atau badan-badan sukarela.



Oleh : Dr Iean Hamzah Sendut & Prof. Dr Zulkifli